Leman Dawi & Samsung Dam Ride
Pada minggu lepas hari Sabtu 3 Nov 2007, geng Loska Sonangwang telah membuat ride ke 2 selepas puasa. Zam dah fix ride dengan Cikgu Bakar dari Taman Tuanku Jaafar dari hari Khamis kot (member tengah kemaruk nak panjat bukit).
8.15 pagi ? . Pagi ni lorong aku nak buat preparation untuk open house malam ni. Silap haribulan mau diorang ajak aku pegi pasar beli barang-barang masak. Aku kena hantar anak aku ke sekolah dulu lepas balik aku tengok line dah clear baru aku kayuh beskal pelan-pelan nak jumpa diorang. Zam, Udin dan aku berkumpul di Coco Drive, Taman Bandar Senawang untuk rendezvous dengan Cikgu Bakar di Kem 15 RAMD. Berjanji dengan Cikgu Bakar kena punctual beb, dah dua kali kami kena tinggal pasal terlewat.
8.30 pagi ? Kami berkumpul depan kem. Cikgu Bakar tak nampak muka lagi, lega?kali ni kitorang pulak punctual. So aku dengan konfidennya call Cikgu Bakar nak bagitau kitorang tengah tunggu depan kem. Dia bagitau dia ada kat Angsiville. Tunggu punya tunggu, aik lama betul mamat sekor ni berkayuh, tak sampai-sampai lagi
8.50 pagi ? Aku kayuh ke depan sikit nak cari Cikgu Bakar kot-kot ada problem ke apa ke. Baru nak kayuh nampak kelibat dia dengan Cikgu Isa. Ingatkan dia lambat, rupa-rupanya dia dah tunggu kitorang kat depan kem jugak dari 8.30 am tadi tapi pintu yang lain (miscommunication punya pasal). So final conclusion, Cikgu Bakar memang punctual (cikgu
beb).
8.55 am ? Lepas salam-salam raya kitorang terus masuk ke dalam ladang kelapa sawit. Hari ni plan nak masuk ke Samsung dam sebab Zam tak pernah sampai situ lagi. Semua orang setuju sebab dah lama tak kayuh pecah dada lagipun tahun ni aku ngan Zam masuk PCC so ni kira ride pemanas badan.
Kayuhan diteruskan dan kami mengambil initiation trail yang Udin bawak aku masa memula ride dulu. Trail ni tak yah cross sungai (aka kelimbahan sebab air dia busuk amat). Kami akan berkayuh untuk naik ke Transmission Hill (TNB punya power transmission daa?). Laluan untuk naik ke sana memang mencabar dan memecahkan dada. Kebanyakan kayuhan
kami adalah mendaki. Ada yang 10 darjah, 20 dan 30 pun ada. Tapi itu baru intro brader. Laluan kali ni ada tempat air bertakung becak sebab malam tadi hujan. Masa cross becak aku dah perasan tanah lembik semacam je, dalam hati aku kata ada yang terbungkang ni. Betul pun, punyala lama aku tunggu geng lain rupanya Udin sudah sangkut dalam becak. Kasut yang kaler coklat sudah jadi kaler kuning. (LemanDawi16).

9.50 am ? Kitorang dah start untuk mendaki Transmission Hill. Ini memang pendakian yang amat sukar. Trek basah dengan tanah lembik. Ada di antara laluan yang ada kesan tayar traktor lebih kurang 1 kaki dalam. So memang payah nak kayuh. Baru dua tiga kayuh dah sangkut dengan batu, kalau tak batu sangkut kat lopak air. Udin terpaksa berenti banyak kali sebab pasir dah masuk rantai so masa mendaki ni dia lebih banyak menolak sebab beskal dia tak leh masuk ke mega range. Bila ada jumpa anak air Udin akan berenti nak cuci rantai dengan cassette (LemanDawi12).

+-10.15 am ? Kami sampai ke puncak Transmission Hill. Kat atas ni kami lepak lama sikit nak ambil angin @ oksigen. Penat ya amat sebab untuk naik ke Transmission Hill ni kami memang banyak mendaki.
Refer LemanDawi21 & 22 (dari kiri Cikgu Bakar, Remi, Zam dan Udin. Apa-apa hal Udin tetap maintain macho).

10.30 am ? Kami meneruskan perjalanan ke Samsung Dam. Dari Transmission Hill kami akan downhill hingga ke simpang Samsung Dam. Geng Loska yang lain mesti syok punya dengan downhill ni. Laluannya memang curam dengan trek yang berlurah kesan laluan air dan pada hari tu plak tanah lembik. Terus terang cakap aku memang tak berani nak bawak laju kat sini, silap haribulan tayar masuk celah lurah memang boleh terbungkang atas tanah. Tu pun dah dua tiga kali tayar belakang terangkat sebab tayar depan dah sangkut, nasib baik aku bawak pelan-pelan. Geng lain semua selamat turun ke bawah tanpa sebarang masalah. Lebih kurang 100 meter dari simpang Samsung Dam, laluan kami terhalang. Tanah sudah jerlus sebab culvert kat bawah tanah tu dah pecah. Ada dalam sepuluh kaki lebar. Semua orang pelan-pelan turun untuk menyeberang. Udin tidak melepaskan peluang untuk mencuci rantai dan cassette sekali lagi. Kali ni air sungai jernih dan bersih.
10.40 am ? Kami mula memasuki persimpangan Samsung Dam. Memula tu jalan rata lebih kurang 1 km. Lepas tu kami mula mendaki. Kalau anda rasa Transmission Hill tu susah, pendakian ke Samsung Dam lagi susah lor? Aku rasa gradient bukit tu +- 45 degree. Nak berkayuh hampir mustahil, kalau pakai ATV mungkin boleh kot. Kami semua turun dari basikal dan meneruskannya dengan ritual MTB (mari tolak basikal). Bukit ni memang pacak gila, menolak basikal pun siksa. Semangat yang jitu dan berkobar-kobar diperlukan bukan untuk mengayuh tapi untuk menolak basikal. Aku dengan Cikgu Isa menolak pelan-pelan ke atas. Udin, Zam dan Cikgu Bakar menolak basikal lebih kurang 150 meter dan melepak. Aku sampai ke puncak lebih kurang pukul 11 am tapi hujan dan angin sampai pulak dah.
11.00 am ? Walaupun dah sampai ke atas, aku dan Cikgu Isa lepak di bawah pokok kelapa sawit. Nasib baik hujan tak berapa lebat tapi angin agak kuat. Kami tak nak ambik risiko pergi ke dam sebab takut dahan pokok kering jatuh (refer report Udin dulu). Lama jugak kami melepak menunggu hujan berenti dan menunggu geng lain sampai. Kat atas ni aku ambik peluang untuk berborak panjang dengan Cikgu Isa dan berkongsi pengalaman MTB dengannya. FYI Cikgu Isa ni antara pioneer MTB kat area Senawang dan anaknya adalah perintis trek yang kami lalu sekarang pada umur 12 tahun. Memula tu cikgu ni marah betul kat anaknya sebab merayau jauh ke dalam ladang sorang-sorang. Tapi lepas anak dia bagitau kat ladang tu seronok berkayuh cikgu ni cool dan the rest is history. Cikgu dan anak dia akan berkayuh berdua ke dalam ladang dan kat dalam tu mereka berjumpa dengan Cikgu Bakar yang masa tu belum MTB lagi tengah berjoging cross country. Peristiwa ni berlaku pada penghujung 90an dulu, sekarang anak cikgu Isa ni dah besar panjang pun.
11.30 ? Hujan reda dan tak lama kemudian kelibat geng lain baru nampak. Aku ingat diorang dah give up tak nak naik lagi. Kami berkayuh lebih kurang 300 meter dan akhirnya Samsung Dam telah kelihatan (LemanDawi23).

Dam ni bukannya besar sangat. Dam ni dibina untuk membekalkan air kepada kilang Samsung di Taman Tuanku Jaafar, Seremban. Nama sebenar dam ni ialah Empangan Wawasan tapi kitorang panggil Samsung Dam je. Dibina untuk membekalkan air bagi tujuan proses di kilang tersebut. Kalau dilihat dari gambar, kita berada di atas dam dan untuk sampai ke bawah kita kena turun tangga lebih kurang 3 tingkat bangunan. Lepas melintas empangan yang kecik tu kita akan sampai ke anak air. Air sungai kat sini memang marvelous, jernih dan basically tak tercemar langsung. Dari gambar LemanDawi02 kelihatan Zam tengah posing depan anak sungai. Kalau masuk ke dalam lagi anda akan berjumpa dengan mini waterfall dan anak sungai ni terlindung dari sinaran matahari. Memang cun kalau nak picnic dan melepak sebab:-
a) Air yang sejuk, dingin dan hampir tak tercemar. Punca air pure dari gunung.
b) Privacy. Orang lain hampir takde sebab nak sampai ke atas ni 4 x 4 pun siksa apatah lagi nak bawak family berkelah.

Kami lepak-lepak kat sini lebih kurang 15 minit untuk menikmati keindahan alam semulajadi kat sini. Lepas tu kami sambung balik kayuhan. Masa turun kami tak lalu jalan yang kami mendaki tapi kami pusing sampai jumpa laluan yang lain.
Dari dam ni kami mendaki sket je. Lepas tuh DH?. Pajang woooo?. Kalau kering memang iok gilerrr? tapi jalan basah sebab baru lepas hujan. Dalam serook melayang DH?.. aduhaiiii? ikgu Bakar berhenti. Rupanya ada lobang alor air selebar lebih sekaki dan dalamnya? perghhh.. ada dalam tiga kaki agakyer. Tolak beb? tolakkkkkk???
Kami tak stop lagi dan meneruskan kayuhan hingga keluar ke kuil hindu untuk keluar ke jalan besar Seremban ? Tampin. Tapi stretch ii landai dengan bukit-bukit kecil je. Ambil peluang untuk peut sket tapi kena hati-hati sebab bayak booby trap. Terlanggar kaluuu? alamatnya hijaulah satu badan.
12.15 Sampai ke kuil hindu dan cunn?Cendol Leman Dawi buka plak. Aku, Udin, Zam dan cikgu Isa pekena cendol dulu. Cikgu Bakar mintak diri sebab dia pantang minum ais takut semput. So kitorang balun cendol dulu. Cendol ni istimewa bukan dari segi rasa tetapi boleh ditambah percuma, ala-ala Ikea gitu, air boleh tambah. Tapi kelebihan Leman Dawi berbanding Ikea ialah air barli disediakan percuma!! Diulang percuma dan anda boleh bungkus bawak balik (bukan aku cakap yea tapi tokey dia sendiri yang bagitau kat kitorang) Aku tanya geng lain sanggup tak isi Camelbak dengan barli percuma. Semua menggeleng takut tokey kedai tak bagi kitorang minum kat situ lagi. Dan untuk pengetahuan anda, dah 5 ? 6 kali kitorang ride keluar ke Leman Dawi tapi kali ni baru merasa. Yang lain tu manjang tutup. Anak demam la, bini masuk sepital la. Tapi kebanyakannya dia takde hujung minggu sebab ada orang tempah untuk majlis kenduri dan lain-lain.
12.45 pm ? Lepas pekena cendol dan tambah lagi (sebab percuma) kami meneruskan perjalanan balik ke rumah. Cikgu Isa bawak kami laluan short cut dan tembus keluar ke Taman Tuanku Jaafar. Cikgu Isa terus balik rumah dia dan kami kayuh sampai jumpa kem askar dan tembus sampai ke Taman Bandar Senawang. Dalam pukul 1.20 aku sampai ke rumah dan aku tak lalu depan rumah dah. Aku kayuh lalu belakang rumah aku sebab segan neighbour aku suma tengah kumpul bawah khemah masak, aku plak sibuk main beskal. Tapi dlm pukul 2.30 pm aku turun dan tolong pasangkan dapur BBQ. Total distance cover untuk ride hari ni dari rumah aku sampai balik +- 24 km.
--
Remi





Please Enjoy Your Stay.
events... 
bravenet.com